Home > Umum > Tugas Guru Data

Tugas Guru Data

Rasanya eloklah aku tulis sikit pasal tugas Guru Data Sekolah (GDM). Tahun ni aku baru ambil alih tugas GDM ni sebab GDM asal sekolah aku tengah cuti tanpa gaji. Tak tahulah aku sama ada ambil alih sementara atau ambil alih terus. Tak kisahlah, pasal aku ni jenis tak reti nak tolak tugas – orang bagi, aku buat. Dapat je tugas GDM ni, aku terus cari dan download Surat Pekeliling Iktisas (SPI) berkaitan GDM nih – SPI 14/2007 PERLANTIKAN GURU DATA DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH.

GURU DATA 12 WAKTU SEMINGGU?

Aku tau ada yang cemburu pasal GDM cuma mengajar 12 waktu seminggu. Memang dalam pekeliling (SPI 14/2007) dah jelas menyatakan ‘Guru Data dikehendaki mengajar tidak melebihi 12 waktu dalam seminggu’. Nanti dulu tuan/puan…belum habis cerita lagi. Dalam pekeliling yang sama juga ada dinyatakan ‘Guru Data dikehendaki memperuntukkan 4 waktu dalam sehari untuk pengurusan data sekolah’. Jadi waktu sebenar GDM ialah 32 waktu seminggu (waktu minimum ya). Ada sesiapa pembaca di sini yang jadual dia 32 waktu seminggu?

Aku katakan sebentar tadi 32 waktu minimum dengan andaian jadual waktu mengajar 12 waktu dan waktu pengurusan data 20 waktu. Tapi mimpi pun tak selalunya indah, kan? Begitu juga dengan realiti. Realitinya jadual mengajar aku sekarang 14 waktu seminggu (matematik 2 kelas = 10 waktu, ekonomi asas 1 kelas = 4 waktu). Tapi tu pun sebab aku yang mintak pasal aku tak nak kehilangan subjek kemahiran aku – Ekonomi Asas. Pentadbir aku ok je pasal diorang sebenarnya memang nak bagi aku 12 waktu. Alah, takda beza apa sangat pun antara 12 dengan 14 waktu tu. Tapi ada rakan aku disekolah lain, dapat waktu pengajaran dan pembelajaran 20 waktu seminggu!!! 20 + 20 = 40 waktu seminggu!!! Sekali lagi aku nak tanya…ada sesiapa pembaca kat sini yang dapat jadual 40 waktu seminggu?

Bilangan waktu (20 waktu tugas guru data seminggu) ni tak nampak pasal tidak dimasukkan sekali ke dalam jadual individu guru. Cuba masukkan (macam yang aku buat) dan tengoklah apa hasilnya dalam jadual tu. Sebab tu lah bawak balik kerja data ke rumah adalah kebiasaan bagi GDM hingga ada yang kena marah dengan isteri/suami (hehehe). Tambah lagi pulak kalau line internet sekolah macam kura-kura dan selalu bermasalah…memang sahihlah kena buat kerja kat rumah. Apa? pakai wireless broadband? Ada peruntukan ke? kalau takda, takyah cakap la…

Sibuk sangat ke jadi GDM sampai dah bagi 12 waktu seminggu (minimum ya!) pun tak cukup lagi?

TUGAS GURU DATA

Ok, masih lagi dengan SPI 14/2007 sebagai panduan, senarai tugas GDM ialah :

  1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua. (tugas ni untuk semua cikgu, bukan khas untuk aku je)
  2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan. (Bukan rancang je….laksanakan sekali!)
  3. Bertanggungjawab bagi pengurusan data bagi aplikasi EMIS iaitu melaksanakan, pengumpulan,pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran,pelaporan,pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan guru, pelajar, staf bukan guru, profil sekolah, pendaftaran PTK (nasib baik dah takdo PTK), dan lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa. (Benda ni semua kena sentiasa update tiap-tiap bulan)
  4. Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran data dan pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), peperiksaan, asrama, kokurikulum, dan buku teks (SISTEKS/EMATEK). (Ada antara senarai tu bukan takat bantu je…tapi aku yang kena buat sendiri)
  5. Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT (Guru Penyelaras Bestari ) (Nasib baik sekolah aku ada Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Makmal Komputer!!!)
  6. Membantu pihak pengurusan sekolah mengenakini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. (ni pun nasib baik dah tamat dah…tapi ntah pelan apa lak nak keluar lepas nih)
  7. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah. (ramai mintak tolong bab ni kat sekolah termasuklah bila anda ada masalah itu ini ngan laptop anda atau bila nak print, kan?)
  8. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat Sekolah. (bila nak meeting nih? dah bulan mac ni ha…)
  9. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa. (memang sentiasa ada tugas-tugas lain yang diarahkan. Tambahan satu lagi ialah e-operasi/e-gTukar – masih belum ada masa SPI ni dikeluarkan)

Jadi, tugas GDM sebenarnya bukanlah hanya EMIS seperti yang anda sangkakan selama ni. Bila aku cerita pasal tugas GDM ni, janganlah pula ingat aku tertekan dengan tugas baru aku ni. Aku cuma nak rakan-rakan paham dan tahu apa sebenarnya tugas GDM.

Terkini – KPM dah arahkan JPNS buat kajian mengenai beban tugas Guru Data. Dengar ceritanya daripada dapatan kajian ni akan ditentukan sama ada Guru Data akan dikategorikan Luar Norma atau tidak. Kalau nanti Luar Norma pun, aku tetap jugak nak mengajar….apa guna jadik cikgu kalau tak mengajar?

Categories: Umum
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: