Home > Diari > Hari kebangsaan dan hari terakhir cuti

Hari kebangsaan dan hari terakhir cuti

Sepatutnya cuti pertengahan penggal kedua sesi 2009 telahpun berakhir dan hari ini merupakan hari pertama  bermulanya semula persekolahan. Tapi hari ni kan 31 ogos – hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Jadi cuti terus bersambung dan persekolahan akan hanya bermula esok. Bagaimanapun rakan-rakan ku di beberapa negeri yang bekerja pada hari ahad agak mengeluh jugalah sedikit kerana semalam (ahad) terpaksa hadir bersekolah sehari.

Pagi

Terlewat bangun. sedar je isteri aku kejutkan dalam 5.15. Rupanya isteri aku pun baru terjaga. Maklumlah penat ditambah lagi dengan Hashim yang meragam kerana selsema. Dalam keadaan tergesa-gesa, siapkan menu untuk bersahur. Nasib baiklah, nasi memang dah aku tanak pukul 2 pagi tadi sebelum tidur. Menu ringkas sahaja pagi ni – sardin cap ayam yang memang ada aku standby untuk keadaan macam ni dan goreng telur dadar. Isteri aku menyiapkan air teh. Berbeza sikit pagi ni kerana aku memasak sambil dukung Hashim. Biasanya dia tak kisah kalau diletakkan atas tilam, tapi hari ni mungkin kerana selsema memang tak boleh letak langsung.

 Macam biasa selesai solat subuh, aku mengadap laptop sambil melayari internet. Sejam kemudian sambil menunggu mesin basuh ku menjalankan tugasnya, aku menonton siaran langsung sambutan hari kebangsaan di Dataran Parlimen. Memang sambutan pada tahun ini ringkas sahaja. Tapi itulah acara tahunan yang aku mesti tonton sejak kecil lagi bila tiba hari ulangtahun kemerdekaan. Selesai menyidai pakaian, dengan kriss 110 ku, aku ke pasar. Dah lama tak memasak, jadi aku bercadang memasak untuk berbuka hari ni.

Singgah di kedai buku untuk membeli surat khabar – kosmo dan sinar. Terpandang sebuah buku -Seteguh Tekad, karya Prof. Dr. Sidek Baba – terus ku bawa ke kaunter bayaran. Pagi ini masa ku dihabiskan dengan membaca buku ini. Sebuah buku yang amat menarik dan bermotivasi – autobiografi penulisnya, seorang tokoh akademik yang terkemuka. Sehinggalah aku tertidur….

 Petang

Sedar semula pada 2.3o petang. Mandi dan solat. Kemudian mengadap laptop dan melayari internet sehingga 5 petang. Selesai solat asar, ke kedai untuk membeli barang-barang dapur untuk memasak. Hari ni aku masak kari udang bersama kentang. Selesai menyiapkan bahan-bahan untuk menu lain, aku ke bazar ramadhan dan dalam perjalanan pulang singgah pula ke pasaraya Giant.

Alhamdulillah, bertambah sehari lagi ibadah puasa. Dengan menu hari ini kari udang, sambal petai dengan ikan bilis, telur dadar pagi tadi, dan air teh o. Tambah dengan murtabak yang ku beli di bazar ramadhan tadi. kebiasaan aku sejak dulu, biasanya sebaik sahaja masuk waktu berbuka, aku cuma minum dan makan sekeping dua kuih serta buah kurma sahaja dahulu. kemudian mandi dan solat maghrib. Pukul 8 malam baru aku makan nasi.

 Malam

Gosok pakaian untuk kerja esok. Dah lebih seminggu tak gosok pakaian. Satu rutin yang aku tak suka buat tapi terpaksa buat. Aku tau, ramai orang pakaiannya bini yang gosokkan. Tapi pada aku, mana yang aku boleh buat sendiri, aku buat sendiri. Salah satu perkara yang tak pernah berubah dari zaman aku bujang sampailah dah kahwin sekarang ni. Kalau tak silap aku, sejak kahwin, hanya 2-3 kali sahaja aku benarkan bini aku gosok pakaian aku – bila aku dah tak sempat sangat.

Macam biasa, persiapan untuk sekolah esok sebelum aku tidur. Masa yang ada sebelum aku mengantuk aku gunakan untuk kemas bilik kerja aku ni yang dah macam tongkang pecah kata orang – satu keadaan yang membuktikan aku tengah sibuk!!

InsyaAllah, semoga esok masih ada kehidupan untuk aku. Semoga hari esok akan menjadi lebih baik buat diriku berbanding hari ini.

 

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: