Home > Diari > Perjalanan yang sukar

Perjalanan yang sukar

Hujan lebat hampir sepanjang jalan ke tempat kerja pada hari ini begitu menyukarkan. Keadaan jalan yang masih gelap dan hujan yang begitu lebat, meskipun aku bertolak dari rumah seawal 6.05 pagi, aku hanya tiba di sekolah pada pukul 7.06 pagi. Perjalanan biasa mengambil masa kira-kira 40 minit tetapi tidak pada kali ini. Nasib baiklah ada trailer di depan yang menjadi panduan aku (dan kenderaan-kenderaan lain yang turut berderet dibelakang trailer tersebut disepanjang perjalanan).

Perjalanan pulang juga dua kali aku ter’auto-shutdown’ semasa memandu. Kali pertama di selekoh dan kali kedua hampir terlanggar kenderaan dihadapan. Apabila dalam keadaan begitu, terpaksalah aku berhenti ditepi jalan dahulu untuk tidur seketika. Mungkin sebab malam tadi aku tak tidur – satu penyakit yang menyerang sekali sekala entah menggapa.

Pagi

Pelajar tingkatan 5 masih lagi dalam peperiksaan percubaan SPM. Jadi aku bertugas sebagai pengawas peperiksaan buat satu waktu (40 minit ) kerana ketika itu aku ada kelas prinsip perakaunan dengan 5 UiTM.  Selebihnya kerana aku tidak tidur malam tadi, kesempatan yang ada aku ambil untuk tidur seketika sehinggalah tiba waktu kelas relief pada pukul 11.1o pagi.  Kelas ekonomi asas bersama 5 UKM terpaksa aku batalkan kerana semua pelajarnya telah terus pulang ke rumah sebaik sahaja peperiksaan tamat.

Petang

Mesyuarat mingguan kali ke-26/2009 (dipanggil SSK, kependekan kepada Sembang-sembang Keluarga). Pengetua maklumkan bahawa mulai kali ni, kehadiran semua guru adalah wajib kecuali atas sebab-sebab seperti perlu hadir mesyuarat lain, kursus/seminar. Sebarang aktiviti dalaman yang lain, contohnya kursus/LDP,  tak dibenarkan pada waktu ini. Kalau ada appointment dengan doktor, kena tunjukkan kad appointment. Tapi aku rasa, pengetua lupa satu perkara, kalau mc hari tu pun tak perlu hadir (hehehehe). Aku rasa betul la tu, pasal macam dah jadi satu trend pula sekarang ni..mengelak dari hadir SSK. Soalnya kenapa mengelak daripada hadir?

Banyak perkara yang bos cakap/sampaikan hari ni. Antara lain soal kebersihan/kecerian kelas. kenapa masih tak selesai juga walaupun dah masuk bulan 9. Kaitkan dengan sikap ‘tak kisah’ sebilangan cikgu. Perkara lain boleh rujuk dalam minit mesyuarat. Tapi antara perkara yang perlu aku ambil tindakan segera ialah hantar borang prestasi!!!

Malam

Hari ni berbuka puasa di rumah mak (mertua) aku. Kesian orang tua tu dok sorang. Nasib baiklah ada Nadhira yang memang setia temankan mak. Rasanya lepas ni memang tiap hari la berbuka kat rumah mentua aku. Takpalah, aku pindah dan beli rumah kat sini pun pasal nak bini dan anak-anak aku dekat dengan mak, kalau tak nanti mak akan tinggal sorang-sorang. Walaupun mak ada sorang lagi anak yang dekat dengan rumah aku sekarang ni( dekat juga ngan rumah mak), tapi biasanya dia cuma lepak rumah mak kalau time suami dia kerja malam je. Takpa lah, masalah masing-masing.

Dalam pukul 8 malam, pegi pasaraya Giant, beli susu dan pampers anak-anak dan lain-lain keperluan.

Kesian bini aku dok melayan dua anak yang tengah tak sihat – Hassan dan Hashim. Sejak balik dari batu pahat hari tu, dua-dua selsema. Hashim ok jugak la, tapi yang tak laratnya di Hassan tu. Bila tak sihat macam tu lah ragamnya..sikit-sikit nangis dan mengaruk je. Aku bantu juga lah takat yang mampu

 

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: