Home > Diari > Aku redha dengan ujian Mu

Aku redha dengan ujian Mu

Ujian yang datang adakalanya bukan satu, tapi datangnya bertimpa-timpa. Namun aku redha ya Allah kerana aku tahu setiap orang yang beriman itu akan diuji. Hari ni aku mc lagi kerana sebab yang sama. sakit perut dan berdarah. Memang aku sekarang ni dah tak boleh lagi makan makanan yang pedas walaupun pedas sedikit sahaja. Makanan yang manis? kena kurangkan juga kerana aku dah dimasukkan dalam kumpulan yang berisiko kencing manis. Ubat kencing manis dan jadi sebahagian daripada makanan ruji aku setiap hari.

Petang tadi, satu lagi ujian menimpa. Anak aku, Hassan, kena lelah lagi. Lepas berbuka tadi terus ku bawa ke unit kecemasan. Dua kali sedut ‘gas’ cuma berkurang sikit sahaja. Sudahnya, pukul 10.30 malam tadi doktor buat keputusan supaya Hassan dimasukkan ke dalam wad. Setelah berbincang dengan isteri, malam ni dia akan menemani Hassan dahulu dan aku setelah mendapat kebenaran dari GPK1 ku, akan bercuti esok untuk menjaganya pula. Esok isteri ku ada audit di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Aku bersyukur pada Mu ya Allah, dalam menghadapi ujian ini Kau masih berikan aku kekuatan untuk menghadapinya dengan tenang dan Engkau permudahkan urusan ku.

Pagi

Lepas solat subuh tadi, dalam menahan kesakitan aku terus terlelap hingga ke tengahari. Tak sempat memaklumkan pihak sekolah yang aku tidak dapat hadir pada hari ini.

Petang

Ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sempat juga berbincang dengan doktor berkaitan masalah aku tertido semasa memandu semalam. Menurut doktor, mungkin kesan daripada ubat kencing manis yang aku makan setiap hari tu. Maklumlah, pada hari-hari biasa, ubat tu akan mengawal kandungan gula/kolestrol dan tekanan darah dalam badan ku. Tapi dalam bulan puasa, bila aku tidak makan/minum sepanjang hari, ubat yang aku makan tu akan menurunkan lagi kandungan gula dan tekanan darah ku. Jadi apa keputusannya? aku pun tak tahu…

Malam

Agak lewat sedikit ke bazar ramadhan kerana rakan ku, Cikgu Riduan datang melawat bertanya khabar. Isteri ku kirim mee goreng dan anak ku inginkan air tebu. Jadi itu sahajalah yang aku beli di bazar. Ketika berbuka itu itulah aku perasan yang nafas Hassan berbunyi dan nafasnya begitu cepat dan pendek-pendek. Kadar nadinya juga agak tinggi. Jadi sebaik sahaja lepas berbuka dan solat, aku bawa Hassan ke unit kecemasan untuk rawatan.

Kejadian ini memberikan satu pengajaran kepada aku bezanya orang yang mempunyai ilmu dengan yang tidak mempunyai ilmu. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku, keadaan Hassan ketika itu memang menunjukkan dia terkena lelah. Tapi, semua ahli keluarga ketika itu tidak mengambil berat hanya kerana melihat Hassan masih ceria walaupun dalam keadaan nafasnya berbunyi begitu. Ketika di unit kecemasan tadi, aku ingatkan isteri ku, tentang simptom jika Hassan terkena lelah lagi dilain kali dan betapa perlunya dia segera bertindak. Ya lah, kali ni aku ada, tapi bagaimana lain kali jika ketika aku tiada?

Apapun aku bersyukur kepada Mu ya Allah, yang telah memberikan aku ketenangan dan memudahkan aku dalam menghadapi ujian-ujian mu.

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: