Home > Anekdot > Disiplin Murid : Denda yang berkesan

Disiplin Murid : Denda yang berkesan

Satu cara tindakan yang diambil oleh Pengetua sekolah ku bagi kelas yang mengabaikan kebersihan kelas ialah dengan memindahkan kelas tersebut ke astaka tapak perhimpunan selama seminggu (atau lebih). Proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas tersebut akan dijalankan di situ sepanjang hari dan sepanjang tempoh hukuman tersebut dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, pada pemerhatian ku, murid-murid kelas yang didenda tersebut tidak menunjukkan sebarang keinsafan bahkan setiap kali aku melalui astaka tersebut, mereka kelihatan gembira berada di situ. Yang jelas tidak selesa ialah guru- guru yang mengajar kelas berkenaan. Sukarnya untuk mengajar tanpa papan hitam, kerusi dan meja. Berkesankah cara dendaan seperti ini?

Suatu ketika dahulu, aku pernah mendenda murid kelas ku kerana tidak mengendahkan soal kebersihan kelas. Apa yang aku lakukan? Mudah sahaja….semua meja dan kerusi aku arahkan untuk dipindahkan ke dewan dan semua murid kelas ku ketika itu belajar di atas lantai. Kerana mereka terpaksa duduk di atas lantai, jadi suka atau tidak, mereka terpaksa memastikan lantai kelas tersebut bersih. Belum habis hari pertama lagi, mereka telah merayu kepada ku supaya dapat belajar seperti biasa – dengan kerusi dan meja. Setelah perjanjian dibuat, Alhamdulillah, kelas ku ketika itu bukan lagi menjadi kelas terkotor yang disebut dalam perhimpunan mingguan sekolah. Mudah bukan?

Categories: Anekdot
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment