Home > Diari > Hassan Masuk Wad

Hassan Masuk Wad

Akibat tidur lewat pagi tadi (pukul 2.00 pagi) aku hanya terjaga pada pukul 5.30 pagi meskipun isteri ku dah call aku pukul 4 pagi tadi. Nak hantar sahur untuk isteri ku memang dah tak sempat. Apa lagi nak aku katakan selain daripada rasa bersalah dan kesal yang amat sangat. Pukul 7 pagi aku dah bersiap untuk menggantikan syif  isteri ku untuk temankan Hassan di wad. Isteri ku terpaksa ke Seremban hari ni kerana urusan audit di sana. Jadi hari ni aku terpaksa bercuti untuk temankan Hassan.

Temankan Hassan memang satu tugas yang memenatkan terutamanya bila dia dalam wad. Anak aku ni memang aktif orangnya. Aktif dari segi mulutnya yang memang bercakap tak reti nak berhenti. Ada aja benda yang nak dicakapkannya. Memang tak nampak macam sakit semput pun melainkan nafasnya yang laju dan berbunyi – itupun masih tak reti nak dok diam lagi. Nasib baiklah bila doktor dah periksa pagi ni, Hassan dah ok dan dah boleh keluar tengahari nanti. Alhamdulillah. Selesai satu perkara…

Aku bersyukur kerana didikan yang aku terima daripada ibu dan bapa ku membentuk sikap dan tanggungjawab aku kini. Menjaga anak bukan satu masalah bagi ku kerana memang sejak aku kecil lagi pun aku selalu kena jaga adik-adik ku yang dua orang tu. Walaupun aku anak lelaki, tapi ibu ku tetap memberi tugas-tugas tertentu menguruskan adik-adik ku ketika itu. Menukar lampin dan membasuh berak dan kencing memang dah biasa aku lakukan dahulu. Memandikan adik dan membancuh susu juga bukanlah masalah bagi ku.

Aku katakan begitu kerana semasa aku menemankan Hassan, seorang nurse sempat berbual-bual dengan ku dan beliau melahirkan kekagumannya melihat aku menemankan Hassan. Katanya, jarang dia melihat suami menemankan anak ketika dalam wad. Segala pujian kepada mu ya Allah, dan terima kasih juga kepada ibu bapa ku. Soalnya, mampukah aku juga mendidik anak-anak ku begitu seperti mana ayah dan ibu ku lakukan?

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: