Home > Diari > Hari yang biasa

Hari yang biasa

Pagi. Kelas Prinsip Perakaunan ku yang sepatutnya tiga waktu cuma tinggal lebih sedikit sahaja daripada satu waktu. Dengan masa yang ada itu terpaksalah aku ubah suai pengajaran ku pada hari ini. Nasib baiklah makmal komputer B kosong pada waktu tu. Jadi sementara menunggu selesai sesi perjumpaan pelajar tingkatan 3 dan 5 bersama Pengetua di surau, aku buat persediaan transfer semua bahan ke dalam semua komputer dalam makmal tu. Hari ni semua pelajar aku belajar dengan komputer aja la. Selesai satu-satunya kelas aku hari ni dan tiada relief, aku selesaikan beberapa urusan yang belum selesai – hantar borang cuti semalam, borang claim STF (skim tuisyen felda) bulan ogos. Sempat jumpa GPK1 kejap bincang pasal kelas KH – Perdagangan dan Keusahawanan tahun depan untuk tingkatan 1. Balik macam biasa hari ni – tumpang Cikgu Roslan sampai ke SMK Bukit Rokan, ambil kereta dan balik Tampin.

Petang. Pegi BSN masukkan duit untuk Mat Wan, adik aku yang kat IKBN Chembong tu. Dah lama sangat aku tak pegi BSN. Aku lihat dah ada perubahan dari segi mutu perkhidmatan diorang sekarang ni. Semua kaunter yang ada dibuka dan ini mempercepatkan urusan ku. Dalam pukul 4.29 bertolak semula ke SMK Bukit Rokan untuk mengambil isteriku. Singgah di bazar ramadhan pekan Gemencheh. Hari ni habis banyak sikit – kuih dalam RM7, sate RM15. Berbuka puasa di rumah mak (mentua) hari ni.

Malam. Rehat-rehat sambil melayari internet. Malas nak pikir apa-apa malam ni.

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: