Home > Anekdot > Sesi Pelajar tingkatan 3 dan 5 bersama Pengetua

Sesi Pelajar tingkatan 3 dan 5 bersama Pengetua

Rutin sekolah ku pada hari Jumaat ialah bacaan yassin di surau bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 dan di dataran perhimpunan bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Waktu pertama pada hari Jumaat ialah pada 7.50 pagi. Kebiasaannya selepas bacaan yassin, akan diadakan solat sunat dhuha dan sedikit tazkirah. Sekiranya Pengetua ada bersama ketika itu di surau, maka sesi pelajar tingkatan 3 dan 5 bersama Pengetua akan diadakan. Memanglah bagus pada pandangan aku. Selain merutinkan amalan-amalan keagamaan tersebut, perjumpaan pelajar tersebut dengan Pengetua memang banyak manfaatnya. Selain memberikan motivasi, maklumbalas dan permasalahan semasa pelajar juga dapat diperolehi.

Cuma ada satu perkara sahaja yang tidak kena pada pandangan ku. Waktu pertama bermula pada 7.50 pagi. Kebiasaannya, solat sunat dhuha dan tazkirah sahaja telah terlajak melewati 7.50, apatah lagi sekiranya ada sesi bersama Pengetua.

Hampir setiap minggu aku menghadapi masalah tidak dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada waktu ini. Kerana tidak tertanggung lagi, suatu ketika aku pernah berbincang dengan orang-0rang kanan sekolah ini dan Alhamdulillah, cadangan ku supaya waktu pertama dan kedua bagi tingkatan 3 dan 5 diberi kepada mata pelajaran seperti sivik dan pendidikan jasmani supaya tidak terganggu pengajaran dan pembelajaran subjek teras yang lain pada hari ini diterima dan dilaksanakan. Selesai seketika masalah ku.

Tapi pada kali ini dengan jadual baru, waktu pengajaran dan pembelajaran prinsip perakaunan ku hampir tamat 2 waktu (80 minit) kerana perjumpaan Pengetua bersama pelajar ini. Aku harap masalah ini tidak berterusan. Aku tak nafikan perjumpaan ini penting, tetapi kelas ku juga penting. Antara keduanya, manakah yang lebih penting?

Categories: Anekdot
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: