Home > Diari > Hujung minggu yang rileks

Hujung minggu yang rileks

Hujung minggu kali ni memang aku nak berehat-rehat sahaja. Keluar rumah pun sekadar keliling Tampin – pekan, pasar, rumah mertua, bazar ramadhan. Lebih banyak lepak kat rumah -mengadap komputer dan melayari internet. Masa macam ni lah nak melayan hobi aku – memasak. Memasak untuk berbuka dan bersahur. Ikan kurau kering yang dah hampir 2 minggu dalam peti ais tu akhirnya aku masak lemak dicampur dengan terung. Goreng mee dan kueh tiow. Esok untuk sahur cadangnya nak masak sup kambing. Kejap lagi kalau ada masa, sebelum tidur nak kena siapkan bahan-bahannya dulu.

Walaupun aku memang nak rehat-rehat aja hujung minggu ni, takdanya 100% rehat saja-saja. Orang macam aku ni mana reti nak buat bodoh je seharian tanpa buat sesuatu berkaitan dengan kerja aku, walaupun sikit-sikit. Sempat jugalah siapkan modul aktiviti untuk Ekonomi Asas dalam 2 bab.

Esok, Percubaan SPM Ekonomi Asas Kertas 1. Macam manalah budak-budak tu esok. Memang aku risau…yang aku rasa aku lebih risau daripada budak-budak tu. Ye lah, 3 kelas (118 orang) calon dan akulah satu-satunya cikgu ekonomi (dan prinsip perakaunan) kat sekolah ni…mana tak risau? Apapun aku berdoa semoga budak-budak tu berjaya menjawab dengan baik esok (dan hari rabu ni).

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: