Home > Diari > Jangan Malas!!!!

Jangan Malas!!!!

Hari ni aku cuma ada dua kelas sahaja. Satu kelas Ekonomi Asas tingkatan 4 UKM, dan satu kelas Prinsip  Perakaunan tingkatan 4 UiTM. Agak kecewa juga dengan sikap pelajar 4 UKM hari ni. Agak ramai yang tidak hadir. Yang hadir pula kebanyakannya tidak memberikan tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran. Penat? baru pukul 930 pagi dah penat? Puasa? Aku pun puasa juga. Soal sebenarnya ialah sikap – malas!!! dan dengan bermacam alasan yang tidak munasabah. Sudahnya sebelum balik tadi, aku lihat di atas meja ku tak sampaipun 10 buah buku latihan yang dihantar, sedangkan soalan tu dah aku bincangkan dalam kelas tadi. Sekali sekala aku perlu bertukar menjadi ‘brutal’…dan ke’brutal’an ku itu akan menjelma bila aku masuk kelas ni hari khamis nanti….

Nasib baiklah semasa Prinsip Perakaunan di 4 UiTM tadi mengubat hati ku yang agak kecewa. Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Cumanya sedikit gangguan 30 minit terakhir kerana mendapat panggilan ‘kecemasan’ daripada Setiausaha Peperiksaan untuk aku ke dewan peperiksaan. Petang ni percubaan SPM untuk subjek aku – ekonomi asas. Menapaklah aku ke dewan sekolah ditepi padang  tu. Rupanya masalah sikit -ada perkataan tak jelas pada kertas soalan. Disebabkan aku seorang je ‘pakar ekonomi’ kat sekolah ni, maka aku sorang je lah yang tau apa perkataan yang hilang tu. Semua guru pengawas masa tu memang ‘blur’ – tak tau apa perkataan yang hilang tu. Sekali fikir lucu juga.

Categories: Diari
  1. 10 September 2009 at 12:21 AM

    huhuh…mula2 td konpius jgk…UITM??? UKM???
    pakcik ni jd part time leture ke???
    lepas tu…baru paham..ahakss

  2. cikgu eaizan
    10 September 2009 at 5:18 AM

    sebelum nama kelas menggunakan nama lain. Tapi mulai tahun ni, semua kelas dinamakan dengan nama-nama universiti awam kat malaysia ni. mula tu susah jugak nak ingat susunannya, tapi lama-lama dah biasa.

  3. 14 September 2009 at 11:03 PM

    ooo mcm tu ke..ada uat program kerjasama ke ngan U tersebut?

    • cikgu eaizan
      14 September 2009 at 11:55 PM

      kerja memang sama….bab kerjasama belum lagi…hehehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: