Home > Diari > Pendidikan anak tanggungjawab bersama

Pendidikan anak tanggungjawab bersama

Sewaktu mesyuarat mingguan petang tadi (SSK- Sembang Sembang Keluarga) aku tertarik dengan satu perkara yang disampaikan oleh PK HEM aku. Sejak peperiksaan percubaan SPM bermula terdapat 25 orang calon yang tidak hadir (tidak hadir sepenuhnya atau sebahagian). Oleh kerana PK HEM aku ni proaktif orangnya, maka beliau melawatlah calon-calon yang tidak hadir ni. Mengejutkan kerana ada terdapat calon yang masih tidur di rumah ketika lawatan PK HEM aku ni, sedangkan calon ni ada kertas peperiksaan hari tu. Masih tidur pada pukul 12.30 tengahari? tak taulah aku apa lagi nak cakap, melainkan terkilan. Peristiwa tu dah menggambarkan setakat mana ambil beratnya sesetengah keluarga, khususnya ibu bapa di tempat aku mengajar ni, terhadap pelajaran anak-anak.

Hari ni aku cuma ada dua kelas juga. kelas pertama awal pagi, kelas prinsip perakaunan tingkatan 5 UiTM. Gerak gempur dijalankan seperti yang dirancang untuk hari ni bagi kelas ni. Tengahari aku ada kelas ekonomi asas dengan pelajar 5 UKM. Kelas ulangkaji kendiri dijalankan di perpustakaan sekolah. Tak ramai pelajar tingkatan lima yang hadir pada hari ini (macam biasa).

Petang diadakan mesyuarat mingguan seperti biasa (tanpa kehadiran pengetua).

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: