Home > Diari > Betapa pentingnya pendidikan

Betapa pentingnya pendidikan

Selepas berbuka dan solat maghrib tadi aku ke pekan Tampin untuk gunting rambut. Rimas bila rambut dah panjang. Sambil gunting rambut aku berbual-bual dengan budak india yang menggunting rambut ku. Beliau berminat untuk menjadi tentera kesan daripada Program Latihan Khidmat Negara yang dihadirinya tahun lepas. Macam macam yang ditanya daripada bagaimana nak masuk tentera hinggalah perkara-perkara lain berkaitan dengan tentera. Oleh kerana hal ini memang pengetahuan aku tahap A+, memang rancaklah perbualan.

Cuma satu je masalah budak ni. Dia cuma bersekolah setakat darjah 6 sahaja. Tiada sijil PMR, apatah lagi sijil SPM. Perasan juga aku akan riak wajahnya bila aku katakan bahawa dia perlu ada sekurang-kurangnya PMR untuk masuk tentera. Tapi wajahnya kembali ceria bila aku ceritakan satu lagi cara – apalagi kalau tak jadi macam aku – masuk Wataniah!! hehehe. Jadi aku ceritalah kat budak india ni macam mana nak masuk dan apa latihan yang dijalankan, apa faedahnya, apa tugasnya dan macam-macam lagilah. Budak ni kata nanti dia pegi daftar.

Betapa pentingnya pendidikan pada zaman ni. Kisah budak ni membuatkan aku teringat budak-budak aku kat sekolah. Tak ramai yang sedar tentang pentingnya pendidikan. Ramai yang berada di zon selesa dengan kehidupan mereka sekarang. Kebanyakan mereka hanyut dengan dunia kecil mereka. Seingat aku hampir setiap kali perhimpunan, nasihat dan peringatan telah diberikan. Pelbagai usaha telah diadakan dan akan terus dibuat. Benarlah kata bekas pengetua aku dulu…..’kita bukan malaikat yang mampu merubah semua orang. kalau kita dapat selamatkan seorang murid setahun pun itu sudah memadai. Yang penting, kita tidak putus asa  dan tugas kita bukan sekadar pengajar, tapi kita sememangnya pendidik’

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: