Home > Diari > Ekonomi Asas kertas 2

Ekonomi Asas kertas 2

Petang tadi semua murid aku menduduki kertas 2 Ekonomi Asas. Daripada 120 orang calon, 6 orang tidak hadir (termasuk calon yang dah dibuang sekolah). Bila aku tengok soalan-soalan yang masuk tu, hampir semuanya dah dibincangkan semasa Klinik Ekonomi Asas yang aku jalankan pada cuti pertengahan penggal kedua yang lepas. Tapi sepanjang hampir sejam aku mengawas peperiksaan tadi, tak ramai yang dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik. Ya lah, kehadiran semasa klinik tu pun memang menyedihkan. Nampaknya aku perlu berusaha dengan lebih keras lagi selepas ni. Tapi aku juga sedar, sekuat mana pun aku berusaha bukan aku yang nak ambil SPM tahun ni. Ya, merekalah yang perlu berubah….ubah sikap!!! Susah kan nak membantu orang yang taknak membantu diri sendiri ni. Tapi itulah cabarannya dan aku takkan pernah putus asa kerana memang dah tugas aku seorang pendidik.

Hari ni aku ke sekolah bersama-sama dengan cikgu redzuan kerana kami bertugas mengawas peperiksaan petang ni. Isteriku pula ada urusan di JPN dan AG – terus ke Seremban dari Tampin. Dalam perjalanan, dapat sms daripada PK Kokurikulum -jumpa dia dengan kadar segera. Jadi tugas pertama aku awal pagi tadi mengadap PK Koku aku tu. Bincang pasal majlis penganugerahan watikah dan pemakaian pangkat unit beruniform. Cadangan aku majlis tu diadakan pada 14 atau 21 Oktober depan. Beliau perlu sahkan tarikh kepada aku nanti kerana menurut beliau, akan ada program bersama PNB pada Oktober nanti. Apapun aku perlu jalankan tugas tu mulai sekarang.

Hari ni aku ada kelas Ekonomi Asas dengan 5 UiTM. Tak mengajar dan aku beri mereka kebebasan untuk mengulangkaji kertas 2 Ekonomi Asas petang tadi.

Selepas mengawas peperiksaan petang tadi, sempat bersembang dengan pengetua di tapak perhimpunan sambil melihat projek naik taraf pentas perhimpunan yang sedang dibuat. Sempat jugalah aku maklumkan pada pengetua tentang kekangan penggunaan bilik tayang yang ada sekarang. Maklumlah, kadar penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memang tengah meningkat di sekolah aku sekarang ni. sukar nak dapatkan tempahan billik tayang kerana sentiasa penuh – siapa cepat dia dapat. Pengetua memberikan maklumbalas positif dengan permintaan aku – kalau ada bilik darjah kosong lagi tahun depan, bolehlah ditambah bilik tayang tersebut. memang akan ada bilik darjah kosong pun kerana jumlah pelajar tahun depan dengarnya akan berkurang lagi 1-2 kelas.

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: