Home > Diari > Hashim demam panas

Hashim demam panas

Dalam pukul 11 pagi tadi, isteri ku memaklumkan dia balik awal hari ni kerana risaukan anak kami, Hashim (5 bulan), masih demam panas. Menurut isteri ku, malam tadi memang Hashim tak lena tidur. Kejap-kejap terjaga dan merengek hinggalah jam 3 pagi. Aku mintak kebenaran daripada GPK1 untuk pulang awal tengahari tu, tapi GPK1 ku minta aku mohon kebenaran dengan Pengetua yang belum tiba lagi ke sekolah kerana ada urusan lain di luar. Setelah menunggu Pengetua yang entah pukul berapa akan tiba dan mempertimbangkan segala risikonya, aku mengambil keputusan untuk pulang segera bersama isteri ku.

Ya,satu kesalahan dan besar risikonya. Tapi keputusan perlu dibuat. Antara anak ku yang sedang demam panas dengan peraturan perkhidmatan, aku memilih untuk menyelamatkan anak ku. Salah dari segi perkhidmatan kerana tidak mendapat kebenaran, tapi dari segi prinsip dan moral,salahkah aku? dan memang aku telah dilatih untuk membuat keputusan, hatta yang paling getir sekalipun. dan aku juga dilatih supaya bertanggungjawab atas setiap tindakan ku. dan hari ini itulah keputusan ku….kerana jika aku dipaksa memilih antara kerjaya dan keluarga, tentunya pilihan ku adalah KELUARGA.

Alhamdulillah, walaupun hingga aku menulis catatan ini Hashim masih belum sembuh, tetapi kerana tindakan yang segera dan tepat tadi membawanya ke klinik kesihatan, suhu badannya kembali normal. Aku taknak menyesal kerana tidak melakukan apa-apa disaat pewaris-pewaris ku amat memerlukan aku kerana merekalah satu-satunya harta tak ternilai yang aku ada.

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: