Home > Anekdot > Pembuat Keputusan

Pembuat Keputusan

Semasa belajar management dulu, antara bab awal yang aku pelajari ialah tentang peranan pengurus/pemimpin yang antaranya ialah membuat keputusan. Seseorang pemimpin perlu mahir dan berani membuat sesuatu keputusan. Memang setiap hari  kita akan membuat keputusan tentang pelbagai perkara. dan tentunya dalam membuat sesuatu keputusan, pertimbangan-pertimbangan adalah perlu. Ada keputusan yang mudah untuk dibuat, dan ada juga yang begitu rumit.

Bagaimanapun, setiap pemimpin perlu berani untuk membuat sesuatu keputusan. Ini penting dan adakalanya menjadi amat-amat penting. Ada keputusan yang perlu dibuat dengan serta merta/segera dan ada juga keputusan yang tidak dapat dibuat dan perlu dirujuk kepada pihak yang lebih atas terlebih dahulu.

Dalam kes aku hari ni, aku perlu pulang segera untuk membawa anak ku ke klinik kerana demam panas. Kerana aku tahu apa risikonya jika aku terlewat membawa anak ku untuk menerima rawatan di klinik. Apakah yang menghalang GPK1 ku untuk memberikan kebenaran kepada ku ketika itu? Adalah perlu aku menunggu kehadiran Pengetua yang entah pukul berapa akan tiba? Adakah GPK1 ku tidak berani membuat keputusan atas alasan Pengetua akan hadir dan petang itu ada mesyuarat  mingguan yang wajib semua guru hadir? Entahlah…

Categories: Anekdot
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: