Home > Diari > Demam Raya telah bermula

Demam Raya telah bermula

Hari ni dah ramai pelajar yang tidak hadir ke sekolah. Macam tahun-tahun lepas juga, bila masuk minggu menjelang hari raya beginilah keadaannya. Dan percayalah, kehadiran akan terus merosot esok. Pelajar tingkatan 3 dan 5 pun sama juga seolah-olah PMR dan SPM tu lambat lagi. Dah menjadi satu budaya kat sini. Teringat cerita seorang rakan guru – mak bapa pun tak kisah anak tak datang sekolah dengan alasan biarlah budak-budak tu membantu mereka untuk persiapan hari raya di rumah. Jika itulah mentalitinya, apa lagi nak aku kata.

Tak salah nak beraya dan memang patut pun dirayakan dalam erti kata merayakan kejayaan latihan kita melawan nafsu selama sebulan berpuasa. Tapi aku memang tak setuju kalau dikatakan persiapan raya tu lebih penting daripada menuntut ilmu di sekolah. Di saat-saat akhir beginilah kehadiran mereka cukup penting – gerak gempur spm dan pmr. Kalau dah kehadiran kelas aku hari ni ada yang cuma 7 orang daripada 38 – apakah berkesan apa yang aku nak sampaikan pada hari ni? dan esok?

Categories: Diari
  1. 17 September 2009 at 11:46 AM

    cikgu.. saya cuma nak kongsi maklumat. ramai murid2 disekolah anak saya SK Jitra 2 dapat zakat dari pihak sekolah(mungkin sumbangan dari mana-mana pembayar zakat)termasuk anak saya. Nak tanya cikgu, di sekolah cikgu atau di sekitarnya, ada kah perkara seumpama ini diamalkan?. Alhamdulillah seronok nampak golongan asnaf fiisabilillah ini. Cuma peranan ibubapa supaya wang zakat itu tidak dibakar dengan mercun hehehe. Selamat hari raya maaf zahir batin dari saya sekeluarga.

  2. cikgu eaizan
    17 September 2009 at 3:48 PM

    biasanya ada, tapi entah macam mana tahun ni takda pula. tapi memang tabung tu dah ada. Ada hamba Allah yang dah derma RM1000 hari tu. dan saya pun adalah sikit sebanyak. InsyaAllah, akan diagihkan kepada anak-anak yatim kat sekolah nanti. Mungkin dalam bentuk bantuan pakaian dan peralatan persekolahan. ye lah, kalau bagi duit tunai sekarang mungkin habis ke lain. Sedangkan duit biasiswa pun ada mak bapak atau penjaga buat bayar ansuran keta dan moto…bimbang juga tak tercapai tujuan.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: