Home > Diari > Hari terakhir sebelum cuti raya

Hari terakhir sebelum cuti raya

Berikutan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, esok  (Jumaat – 18.09.2009) adalah cuti persekolahan bagi semua sekolah di Malaysia – hari ni merupakan hari terakhir persekolahan bagi menyambut ketibaan 1 Syawal yang dijangka pada hari Ahad ini. Seperti yang dijangka, jumlah pelajar yang tidak hadir semakin meningkat pada hari ini. Kebiasaannya,pada tahun-tahun sebelum, hari terakhir ini semua pelajar dan guru akan berhimpun untuk sesi bermaaf-maafan dan penyampaian duit raya kepada semua pelajar serta bantuan kepada anak yatim diadakan. Tapi nampaknya, semua itu tiada pada hari ini – aku pun tak tahu kenapa dan mengapa? Kecuali satu sahaja kebiasaan yang berlaku – pelajar dibenarkan pulang awal (2.00 petang!!! ) Jadi hampir segalanya seperti yang diharapkan berlaku pada hari ini, tidak berlaku….dan persekolahan pada hari ini diakhiri dengan suasana yang begitu hambar. Apakah akan terhapus satu tradisi selepas ini?

Mulai esok, semua guru dan pelajar akan bercuti sehingga persekolahan akan bermula semula pada Isnin, 27 September. Satu cuti yang agak panjang juga – melebihi seminggu.

Kepada pelajar-pelajar ku, khususnya yang akan mengambil peperiksaan spm tidak lama lagi, cukuplah sekadar sehari dua sahaja beraya pada kali ini. Segera kembali fokus kepada matlamat mu pada tahun ini. SPM semakin hampir sedangkan hari raya masih ada buat mu selagi hayat dikandung badan. Berkorbanlah sedikit demi masa depan mu.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Memandangkan hari ni aku tak banyak kelas, masa yang terluang aku gunakan untuk menjalankan projek buku aktiviti  ekonomi asas bagi tingkatan 5. Buku aktiviti ekonomi asas bagi tingkatan 4 dah pun aku siapkan minggu lepas. Alhamdulillah, dalam masa 2 hari aku dah berjaya siapkan buku aktiviti  tingkatan 5 ni. Cadang akan digunakan pada tahun depan. Itu salah satu cara aku bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ya lah, kalau aku dapat jimatkan masa budak-budak tu menulis soalan, tentu lebih banyak latihan akan dapat dibuat dan pada masa yang sama masa untuk memahamkan diorang pun akan bertambah. itulah yang aku pikir.

Categories: Diari
  1. Fairul
    22 September 2009 at 5:40 PM

    assalamualaikum……ntah lah eaizan…….hari terakhir sblm cuti hari raya jd hambar…..ntahlah…..maybe x ada budget kot or x ada yg nk uruskan…..

    • cikgu eaizan
      22 September 2009 at 10:53 PM

      mungkin semua orang sibuk menguruskan diri masing-masing -agaknyalah!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: