Home > Diari > Dua hari sebelum dijangka raya

Dua hari sebelum dijangka raya

Hari ni semua guru,pensyarah, pelajar, dan staff di bawah Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi mula bercuti. Satu cuti yang aku secara peribadi tak perlukan, tapi nak tak nak aku tetap kena cuti jugak dah diarahkan untuk cuti (hehehe).

Hari ni tak sahur sebab bila aku sedar je dari tidur, waktu subuh dah hampir separuh berlalu. Pertama kali dalam bulan puasa ni aku gagal untuk bangun sahur. Selesai apa yang patut diselesaikan, aku melekat di meja kerja ni – leka dengan projek buku aktiviti ekonomi asas ku. Sedar-sedar jam dah 10.30 pagi – masa untuk pergi masukkan duit untuk adik aku. Kalaulah aku terlupa tadi, tentu ada orang tak dapat balik raya pasal takda duit..hehehe.

Pekan Tampin – berserabut dengan kenderaan dan umat manusia. Tiap simpang ada abang polis trafik dok jaga lalulintas. Alhamdulillah, urusan aku dipermudahkan. Senang je aku dapat parking hari ni (pasal aku naik motor….hehehe). Bertambah senang bila aku masuk je BSN, cuma ada beberapa orang je kat dalam sedangkan kat luar di mesin ATM orang ramai tengah beratur panjang. Isi borang ‘bank-in’, tekan nombor giliran, terus nombor giliran aku naik…senang bukan? Kalaulah tiap-tiap kali aku pegi bank keadaannya macam ni…

Selesai urusan di bank, aku singgah di Giant. Beli alat tulis serba sedikit. Balik rumah dan mengadap komputer ni semula dan menyambung projek ku.

Lewat petang pegi ke bazar Ramadhan – cuma beli murtabak je 2 keping. Sempat bayar zakat fitrah kat bazar tu. Ingatkan nak bayar esok je. Tapi terlintas lak dalam fikiran aku – kalaulah aku mati kejap lagi tentu tak sempat bayar dah….jadi aku terus pegi bayar…RM6.50 x 6 orang termasuk aku. Buka puasa kat rumah mertua.

Malam. Macam biasa dok mengadap komputer sementara menanti mata mengantuk….

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: