Home > Diari > Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Di hari yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada salah dan silap saya sama ada yang disengajakan mahupun yang tidak disedari.

Lebaran tahun ni giliran sebelah isteriku. Seperti tahun-tahun lalu juga, atur caranya memanglah sama sahaja. Selepas solat sunat aidilfitri kejap lagi, semua akan menziarahi pusara bapa mertua ku, Allahyarham Rosli bin Datmawi. Kemudian aturcara seterusnya, balik ke Batu Pahat – kampung halaman sebelah isteriku. Cuma sedikit berbeza untuk tahun ini ialah kami akan singgah ke rumah ibu saudara di Muar terlebih dahulu, kemudian ke rumah bapa saudara, Pakcik Nal, juga di Muar (kebiasaannya pergi pada raya ke dua). Ibu saudara isteriku, Busu Nab, ada buat sedikit majlis kenduri selamat pada hari ni untuk anaknya yang akan menyambung pengajian di UK dan akan bertolak esok. Kemudian, perjalanan akan diteruskan ke Batu Pahat dan lepak di rumah bapa saudaranya di Taman Pantai. Raya ke dua acara penuh menziarahi sanak saudara di Sri Medan dan Parit Sulong dari awal pagi sehinggalah lewat malam dan terus bertolak kembali ke Tampin.

 

 

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: