Home > Diari > 3 Syawal 1430 Hijrah

3 Syawal 1430 Hijrah

Hari ni aku cuma berada di rumah, berehat dan menguruskan rumah. Ye lah, penat berhari raya di Batu Pahat-Muar pada raya pertama dan kedua. Semalam pun sampai di Tampin jam 9 malam. Lewat petang, pergi ke rumah mak mentua kerana biasanya pada waktu begini hinggalah malam ramai saudara mara yang tinggal di Negeri Sembilan -kebanyakannnya sepupu isteri aku – akan datang. Ada juga rakan-rakan lama ibu mertuaku dan istriku yang datang. Memang ramai yang datang dan aku bertahan sehingga jam 10 malam di rumah mertua aku. Esok adalah hari terakhir untuk aku beraya kerana aku nak kembali fokus kepada kerja-kerja ku. Esok juga mungkin kami akan ke Seremban dan Kajang – ziarah saudara mara dan rakan di sana.

1 Syawal. Seperti biasa, selepas solat sunat aidilfitri dan menziarahi pusara bapa mertua ku, kami semua yang ada akan berkumpul di rumah ibu mertua – tak jauh dari rumah ku. Seperti biasa juga, kami semua akan bertolak ke Muar-Batu Pahat untuk menziarahi saudara mara di sana. Seperti biasa juga – kebiasaan yang aku cukup tak suka – memang lewat bertolak ke sana. Aku memang jenis tak suka menunggu, dan tak suka terhegeh-hegeh begitu. Sasaran pertama ialah rumah Busu Nab di Muar. Kemudian bertolak ke Parit Sulong, Sri Medan. Rumah terakhir di Sri Medan jam telah menunjukkan pukul 7.30 malam – akibat kelewatan bertolak dari Tampin tadi. Memang aku sebenarnya tak suka berada di rumah orang pada waktu begini. Destinasi terakhir pada hari ni ialah di rumah Pak Long di Taman Pantai, Batu Pahat. Kebiasaannya memang kami akan bermalam di sini.

Malam tersebut aku bertemu seorang sahabat lama yang telah 12 tahun tidak ditemui. Bekas teman sebilik aku semasa di ITM Dungun dulu. Pertemuan singkat di lobi Hotel Pelican tempat beliau sekeluarga menginap kerana masing-masing pun sebenarnya sibuk dengan urusan kehidupan sendiri. Singkat tapi pada ku memang penuh bermakna.

2  Syawal. Pagi-pagi lagi aku dah bangun. tapi tidaklah sepagi seperti dirumah sendiri. 6 pagi, selesai mandi dan solat. Sementara menunggu hari cerah, aku kemaskan apa-apa yang patut dikemaskan. 7 pagi aku dah keluar depan rumah memeriksan keadaan kereta dan masukkan barang-barang. 8 pagi aku dah bersiap, begitu juga Hassan dan Hashim. Kalau boleh selesai sahaja sarapan, kami dah boleh meneruskan acara ziarah ke rumah saudara mara yang lain pula. Yalah, banyak rumah nak pergi dan jarak antara satu rumah dengan rumah yang lain pun boleh tahan juga jauhnya. Tapi aku kecewa lagi dan tewas lagi dengan sifat berlengah-lengah dan terhegeh-hegeh mereka…..akibatnya, pukul 2 petang baru bertolak ke destinasi pertama iaitu ke Parit Ramunia, Sri Medan…rumah sepupu aruah bapa mertua ku. Kemudian ke Parit Jawa, kampung ibu mertua aku. Bertambah beberapa rumah lagi di ziarahi yang pada awalnya tiada dalam perancangan. Akhirnya, hampir pukul 5.30 baru bertolak ke destinasi terakhir ke rumah Pakcik Nal (adik aruah bapa mertua ku) di Muar.

Sampai di rumah Pakcik Nal dalam pukul 6.30 petang. Kali ni aku nekad, pukul 7 petang aku nak balik semula ke Tampin. Dan dalam 7.15 petang kami sekeluarga bertolak terlebih dahulu meninggalkan yang lain. Dah lama aku fikirkan masalah ni, dan hari ni aku telah membuat keputusan dan bertindak. Kalau dah tahu banyak tempat nak pegi, dan tempat tu pulak jauh-jauh antara satu sama lain…keluarlah awal lain kali…muahahahahaha

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: