Home > Diari > Hormatilah Masa Orang Lain

Hormatilah Masa Orang Lain

Sejak kecil memang aku telah diasuh oleh mama dan abah (terutamanya) untuk menghormati masa. Antaranya ialah menepati masa dan menggunakan masa dengan sebaiknya (merancang penggunaan masa). Abah tidak pernah memberi kuliah tentang perkara tersebut, tetapi melalui kehidupan sehari-harian kami diterapkan dengan hal tersebut. Dalam hal ini aku memang amat berterima kasih kepada abah (dan juga mama) kerana melalui didikannya itu membentuk keperibadian aku kini.

Bagaimanapun, ramai dikalangan kita tidak dapat menguruskan masa dengan baik (termasuklah aku kadangkala terbabas juga!!). Tapi amat  malang lagi, tidak dapat menghormati masa orang lain. Maksudnya kita menyebabkan orang lain kerugian masa yang mereka ada.

Hari ini kami seluruh keluarga adik beradik isteriku bersama ibu mertua ku merancang untuk menziarahi kaum keluarga yang berada di Seremban dan Rembau. Mengikut perancangan, 2 rumah di Seremban dan 3 buah rumah di Rembau. Aku seperti biasa mengerahkan semua ahli keluarga ku supaya bersiap awal. Dalam pukul 10.15 pagi, aku minta isteri dan anak-anak ku berkumpul di rumah ibu mertua ku terlebih dahulu dan aku tinggal di rumah kami dengan pesanan kepada isteriku… ‘Bila semua dah nak bertolak, baru bagitau abang”. Satu tindakan bijak daripada aku melalui pengalaman-pengalaman lepas.

Sementara menanti ‘panggilan bertolak’ dari isteriku, aku meneruskan projek buku latihan objektif bagi ekonomi asas, sempat lagi mengemas rumah, membasuh pakaian dan membaca dan menonton televisyen. Sehinggalah jam 1.40 petang tadi, barulah ‘panggilan bertolak’ dari isteri ku tiba.

Bayangkanlah kalau tadi aku terus ke rumah ibu mertua ku (10.15 pagi)…berapa lama masa ku terbuang untuk menunggu? Sedangkan antara perkara yang paling aku benci ialah menunggu. Aku tak sanggup lagi ‘melopong’ membiarkan masa ku tidak dihormati oleh orang lain. Alhamdulillah, setiap masalah ada penyelesaiannya dan hari ini aku diberikan hidayah bagaimana untuk selesaikan perkara yang aku tak suka tu.

Dan seperti yang aku dah jangka, lawatan-lawatan ke rumah saudara mara tu berakhir pada jam 9.00 malam tadi yang mana masa aku mula bertolak dari rumah terakhir di Rembau…berkuburlah juga niat ku untuk menanda kertas jawapan percubaan spm pelajar ku malam ini!!!

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: