Home > Diari > Dari dapur Chef Eaizan & Izan

Dari dapur Chef Eaizan & Izan

Dah agak lama aku tak memasak. Pagi-pagi lagi hari ni, selepas mengemas rumah, aku bersama Hassan ke Pasar Tani Tampin. Tak ramai peniaga berniaga hari ni, tapi apa yang aku nak beli hari ni kebanyakannya, alhamdulillah ada – walaupun boleh dikatakan semuanya mahal daripada biasa.

Udang setengah kilo (RM19 sekg), Sotong setengah kilo (tak ingat berapa harga), santan, pucuk paku dan ayam kampung 2 ekor (RM15 sekg). Sampai di rumah, aku menyiapkan semua bahan untuk masakan tengahari hari ni Рrendang paru-paru, masak lemak pucuk paku dengan udang, ikan selar goreng, dan telur dadar. Ingatkan nak masak juga kari ayam kampung bersama kentang. Tapi aku fikir tangguh aja la menu tu untuk esok.

Aku memang suka memasak dan biasanya pada cuti hujung minggu memang aku memasak. Adakalanya aku cuma seorang sahaja memasak di dapur, dan adakalanya aku bersama-sama isteri. Tengahari tadi kami memasak bersama sambil Hashim di bawah pengawasan Hassan. Seronoknya apabila menikmati hidangan tengahari tadi seisi keluarga di meja makan.

Lewat petang, beraya di rumah bekas rakan sepejabat isteri ku, Kak Sarina di Repah. Kemudian menerima tetamu, sepupu isteri ku, Abang Amir sekeluarga. Sehingga aku menulis catatan ini, ibu mertua ku masih berada di rumah ku bersama abang iparku, Abang Edi sekeluarga – baru selesai menikmati makan malam menu kami tengahari tadi.

Oh, ya! petang tadi rakan-rakan sekelas anak dara aku ada datang beraya. Ramai jugalah yang datang hingga tak muat ruang tamu rumah aku.

Categories: Diari
  1. Fairul
    25 September 2009 at 7:33 PM

    salam pakcik…..correction…bkn rendang paru-paru lah….rendang paru je……my favourite menu tuh…….peh x sangka ko pandai memasak….aku nih pandai mkn jer……

  2. cikgu eaizan
    25 September 2009 at 10:34 PM

    Wsalam.
    laaa..ngko tak tau ke aku pandai memasak? apa la.

    paru-paru lah…atau peparu (tak caya tanya syed naseer!!) gula ke gula-gula? ke gegula? (yang ni jangan tanya syed naseer!!!)

    ngko patut menuntut ngan omak ngko resepi karipap tu…esok2 boleh kaya apa kalau ngko betul2 menuntut. memang sodap betul karipap tu. dah lama aku tak makan tu…bini aku pun asal lalu simpang rumah ngko mesti tanya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: