Home > Diari > Lepak rumah

Lepak rumah

Hari ni cuma lepak kat rumah tunggu tetamu-tetamu datang beraya. Adalah budak-budak sekitar yang datang beraya, kawan-kawan anak dara aku, dan kawan-kawan kerja isteri aku. Kawan-kawan aku? takda…hehehe.

Pagi tadi, lepas kemas rumah, pegi pasar kejap -beli santan je. Singgah Giant, beli ikan (pasal dah lama tak makan ikan) dan beberapa barang yang lain. Balik terus siapkan bahan-bahan nak memasak tengahari. Hari ni kan aku nak masak kari ayam kampung dengan kentang. Tapi tak sedap pulak kari aku hari ni…kenapa ya?

Petang lepak kat bilik kerja sambil sekali sekala layan tetamu yang datang. Siap jugaklah takwim persekolahan dan cuti umum 2010 aku tu.

Hashim tak sihat. selsema dan selalu kena lap hingus. Lenguh jugaklah asik nak kena dukung dia sambil memujuk. Malam ni rasanya tak tidur lena la aku….pasal kejap-kejap mesti dia terbangun dan merengek.

Esok cadangnya ke Gemencheh dan Jelai…dan mungkin sampai ke Segamat.

Categories: Diari
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: