Home > Diari > Esok Sekolah

Esok Sekolah

Hari ni hari terakhir cuti panjang (seminggu lebih) sempena hari raya. Esok akan kembali ke sekolah semula. Tentunya tajuk utama esok ialah ceritai-cerita tentang raya…maklumlah dah seminggu tak jumpa, kan? Tapi aku harap demam raya dah habis, kembali fokus kepada tugas.

Hari ni pun aku tak beraya ke mana. Hanya ke rumah jiran sebelah kerana ada ‘open house’. Seharian dirumah menguruskan apa yang patut kerana esok dah mula bekerja semula. Semalam beraya ke rumah rakan-rakan kerja isteri ku sekitar Gemencheh, dan ke rumah bapa mertua adik iparku di Jelai 3, Gemas.

Seharian hari ni aku set up semula laptop aku yang dah dekat 2 minggu tersadai sebab hard disk meragam. Nasib baik semua data aku selamat. Tapi yang paling aku malas – nak install semula bermacam-macam perisian yang aku biasa guna dan nak ingat balik segala password aku dalam web/blog/forum yang aku selalu guna. Leceh!!!

Hampir semua ahli keluarga aku demam selsema sekarang ni. Virus yang di bawa oleh Hashim entah dari mana. Seksa aku tengok Hashim tu..asik menangis tak selesa. Isteri aku dah bawa ke klinik pagi tadi – nampak keadaannya dah ok la sikit.

Esok sambung lagi perjuangan selama lebih kurang 6 minggu – sebelum cuti akhir tahun yang panjang…hehehe

Categories: Diari
  1. 29 September 2009 at 12:38 AM

    “Esok sambung lagi perjuangan selama lebih kurang 6 minggu – sebelum cuti akhir tahun yang panjang…hehehe”

    ~KENYATAAN TANG NI YG SAYA SUKA~ahaksss

    • cikgu eaizan
      29 September 2009 at 6:26 PM

      memang best la..cuti sebulan pun gaji masuk, kan?

  2. 11 October 2009 at 11:29 PM

    mmmm itula…ramai org jeles ngan kita…huhuhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: