Home > Anekdot > Bidang Tugas 2011

Bidang Tugas 2011

Mac 2011 dah hampir sampai ke pertengahan. Cuti separuh penggal pertama dah pun bermula hari ni. Selamat bercuti kepada rakan-rakan guru dan juga para pelajar. Penuhilah cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Cuti pertengahan penggal kali ni agak berbeza pada saya berbanding dengan tahun-tahun lepas. Pertama kalinya tahun ini – sejak berkhidmat di sekolah sekarang – saya tidak mengadakan sebarang kelas tambahan. Bukan kemalasan yang melanda, ataupun telah kurang motivasi  tetapi ada perkara yang lebih penting dah segera perlu diselesaikan sebelum sesi persekolahan dibuka semula.

Bidang Tugas Utama 2011

Alhamdulillah, tahun ni aku tak lagi mengajar Prinsip Perakaunan kerana telah ada guru yang lebih layak dan berpengalaman masuk tahun lepas. Kini aku cuma mengajar Ekonomi Asas Tingkatan 5 dan Matematik Tingkatan 2. Tugas sebagai Ketua Panitia Ekonomi Asas masih lagi aku pegang. Ekonomi Asas pun dah ada dua orang guru mengajar, jadi bolehlah aku beri tumpuan sepenuhnya kepada pelajar Ekonomi Asas Tingkatan 5. Matematik memang opsyen utama kelayakan iktisas aku. Cuma bila dah lama tak mengajar matematik – terpaksa la bina semula dari ‘kosong’ segala persiapan dan bahan. Jadual terkini (1 Mac 2011), aku cuma mengajar 14 waktu sahaja seminggu….tapi bukanlah bermakna aku banyak masa lapang. Sibuk macam biasa…malah aku rasa tahun ni lebih sibuk daripada tahun lepas.

Kenapa aku cuma mengajar 14 waktu seminggu? sebab tahun ni aku ada tugas baru – Guru Data Sekolah. Kalau ikut Surat Pekeliling Iktisas, Guru Data mengajar 12 waktu seminggu kerana perlu melaksanakan tugas berkaitan data sebanyak 4 waktu sehari. Jadi, sebenarnya beban waktu Guru Data lebih daripada guru-guru akademik yang lain. Selain daripada Guru Data, mulai tahun ni aku juga dilantik sebagai Guru Disiplin dan Setiausaha Kokurikulum Sekolah.  Guru Data, Setiausaha Kokurikulum dan Guru Disiplin – memang beban tugas aku bertambah – tapi aku suka (hehehe)

Itu belum lagi termasuk lain-lain tugas ‘kecil’ yang biasa-biasa dan tugas-tugas sukarela yang aku kena buat. Cuma aku harap orang sekeliling aku memahami kesibukan aku. Kalau tak dapat tolong aku buat kerja sekalipun, tolonglah simpati dan jangan semakkan kepala otak aku pasal aku ada banyak kerja yang nak dibuat.

 

 

Categories: Anekdot
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: