Home > Refleksi > Disiplin Pertama, Akademik Utama ?

Disiplin Pertama, Akademik Utama ?

Begitulah slogan pada tahun ni. Memang sedap bunyinya dan memang tepat slogan tersebut dengan situasi semasa sekolah. Memang ada kaitan antara pencapaian akademik dengan disiplin pelajar. Bacalah laporan temuramah dengan pelajar-pelajar cemerlang di akhbar-akhbar setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan. Intipatinya ialah disiplin – kehadiran sekolah, tidak ponteng kelas, tumpuan dalam kelas ketika pengajaran dan pembelajaran, latihan dan latih tubi, pengurusan masa, dan sebagainya. Laluan kejayaan dalam akademik lebih mudah dengan adanya disiplin.

Bagaimanapun kita terlupa sesuatu. Kita melihat ‘Disiplin Pertama, Akademik Utama’ dari kaca mata pelajar tanpa kita sedari bahawa kita perlu juga melihatnya dari aspek kita sebagai guru dan pentadbir sekolah.

Disiplin Pertama

Soal disiplin adalah tanggungjawab kita bersama. Setiap guru adalah guru disiplin – memang selalu kita diingatkan tentang hal ini. Persoalannya sejauh manakah kita memainkan peranan kita selaku guru disiplin ‘tak rasmi’ ? Berapa kerapkah kita menegur kesalahan pelajar di depan mata kita? Pernahkah kita menegur pelajar supaya memasukkan baju ke dalam seluar atau mengutip sampah di bawah meja ?

Akademik Utama

Asas kepada pencapaian akademik ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di bilik darjah. Selain daripada faktor persediaan guru, perkara lain yang perlu dipertimbangkan juga ialah gangguan-gangguan yang wujud dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kekerapan melaksanakan program lain sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Perlaksanaan program-program seelok-eloknya biarlah diluar waktu pengajaran dan pembelajaran.

Menepati waktu juga adalah sebahagian daripada disiplin. Menepati waktu bukan sahaja bermaksud waktu bermula, tetapi termasuk juga menepati waktu tamat. Kerapkali perhimpunan rasmi mingguan berlarutan hingga menjejaskan pengajaran dan pembelajaran waktu selepasnya. Hal yang sama juga berlaku bagi perhimpunan harian dan program bacaan Yasin setiap pagi Jumaat. Waktu pergerakan pelajar dari bilik-bilik khas dan selepas Pendidikan Jasmani juga perlu diberi perhatian. Guru juga perlu memastikan waktu pengajaran dan pembelajarannya ditamatkan tepat pada waktunya agar tidak mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Adalah perlu untuk kita melihat slogan ‘Disiplin Pertama, Akademik Utama’ ini dari perspektif kita sebagai guru dan pentadbir, bukan hanya dari perspektif pelajar sahaja. Slogan ini bukan hanya perlu dihayati oleh para pelajar. Penghayatan ditunjukkan oleh tindakan. Renung-renungkanlah, apakah tindakan kita setakat ini menunjukkan penghayatan kita – Disiplin Utama, Akademik Utama (?)

 

Categories: Refleksi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: