Home > Umum > Mengapa Pertukaran Guru Menjadi Isu?

Mengapa Pertukaran Guru Menjadi Isu?

15 Januari 2002 merupakan hari pertama aku melapor diri untuk bertugas sebagai seorang guru. SMK Sultan Ibrahim, Kulai (kini Kulaijaya), Johor -sekolah pertama ku. Semasa mengadap GPK1, antara ayat yang aku ingat sampai sekarang ialah ‘ berkhidmatlah sepenuh hati disini, jangan ingat nak balik kelantan aja’ (maksudnya mohon bertukar ke kelantan). Ketika tu memang aku agak terkejut. Tapi bila dah agak lama dalam bidang ni, pahamlah aku maksud GPK1 aku tadi. Adakalanya bila timbul isu masalah pertukaran guru ni, aku senyum sendiri – bukan kerana teringat kata-kata bekas GPK1 aku tadi, tapi kerana uniknya isu pertukaran guru ni.

Kenapa aku katakan unik? kerana berdasarkan pengamatan aku (mungkin betul, mungkin salah) para guru memang cenderung untuk mohon bertukar balik mengajar di kampung halaman sendiri setelah beberapa tahun berkhidmat di negeri lain. Memang aku tak nafikan memang ramai yang mempunyai sebab yang munasabah dan patut diberikan pertimbangan sewajarnya, tapi ramai juga yang mencipta alasan supaya dapat kembali mengajar di kampung halaman sendiri. Lebih teruk lagi, ada yang sampai sanggup menggunakan kabel saudara mara, kabel kenalan, dan kabel politik – biarpun alasan pertukaran yang diberi memang patut dibakulsampahkan sahaja.

Ayah aku seorang pesara tentera. Berpindah atas kehendak perkhidmatan dah jadi perkara biasa. Tak pernah aku dengar ayah aku merungut tiap kali perintah pertukaran dia terima. Sepanjang perkhidmatan ayah aku, dia cuma sempat berkhidmat di negeri kelahirannya (Kelantan) cuma 2 tahun terakhir sebelum dia bersara wajib. Tak seperti beberapa orang guru yang enggan ditukarkan ke daerah lain (dalam negeri selangor) atas kehendak perkhidmatan yang menjadi isu beberapa bulan lalu hingga dilaporkan dalam akhbar – satu tragedi yang memalukan profesion guru itu sendiri pada pandangan aku.

Istimewa sangatkah kita berbanding 120,000 anggota tentera dan 89,000 anggota polis yang sedia berkhidmat dimana juga bila diarahkan? Mereka juga ada masalah seperti kita; mereka juga ada keluarga dan anak-anak seperti kita…jadi apa bezanya kita dengan mereka?

About these ads
Categories: Umum
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: