Home > Umum > Sindrom Putus Asas

Sindrom Putus Asas

seorg guru mengusap belakang leher murid dan bertanya “kenapa x bawak buku?” murid menjawab “lupa cikgu…” guru kemudian meminta murid menulis aktiviti/latihan pada kertas A4.tetapi keesokan harinya,murid tersebut tidak datang ke sekolah sebaliknya bapa murid tersebut “serang” guru tersebut sambil marah2 guru itu.”cikgu,mana boleh pukul anak saya.anak saya terlupa bawak buku jer…yg cikgu pukul belakang anak saya kenapa?” “Hari ni anak saya x nak g sekolah sbb dia kata cikgu rotan dia” ” apa cikgu ni….” guru tersebut x terkata apa sbb terkejut kn serang pepagi sblm kls bermula. diserang pulak dalam kelas dihadapan murid2 lain. seb baik GB ada dan cepat bertindak bawak si bapa ke bilik GB… [Facebook – Saya Suka Jadi Cikgu ]

Sekiranya anda lah cikgu yang ‘diserang’ dalam cerita di atas, apakah yang akan berlaku setelah peristiwa tersebut? Saya percaya tentu ramai yang akan lemah semangat, putus asas dan tidak lagi mempedulikan pelajar berkenaan. Lebih teruk lagi kalau sindrom putus asa ini bukan sahaja terhadap pelajar berkenaan, tapi turut terkena kepada semua pelajar lain. Akhirnya, wujudlah satu keadaan di mana mata hanya melihat satu kesalahan di depan mata, hati mengutuk, tapi mulut diam membisu.

Pendidikan adalah tanggungjawab semua pihak- ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan. Jika ibu bapa gagal mendidik anak dengan betul, adakah kita juga turut sama membiarkan anak ini sedangkan kita tahu ianya sebahagian daripada tanggungjawab kita? Tugas guru sebenarnya tidak pernah berubah meskipun wujud pertukaran nama Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana falsafah kewujudannya tetap sama- ‘ ….untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan….’  . Dibahu kitalah terletaknya  tanggungjawab untuk merealisasikan falsafah ini. 

Sekiranya kita rasa kita tiada kuasa, sekurang-kurangnya tegurlah setiap kali melihat kesalahan/kesilapan pelajar yang berlaku di depan mata kita. Janganlah sekali-kali berputus asas dan membiarkan sahaja kesalahan/kesilapan tersebut.

“Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)

Lemah benarkah iman kita hingga ke tahap ‘mengubahnya dengan hati’?

Categories: Umum
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: