Sindrom Putus Asas

seorg guru mengusap belakang leher murid dan bertanya “kenapa x bawak buku?” murid menjawab “lupa cikgu…” guru kemudian meminta murid menulis aktiviti/latihan pada kertas A4.tetapi keesokan harinya,murid tersebut tidak datang ke sekolah sebaliknya bapa murid tersebut “serang” guru tersebut sambil marah2 guru itu.”cikgu,mana boleh pukul anak saya.anak saya terlupa bawak buku jer…yg cikgu pukul belakang anak saya kenapa?” “Hari ni anak saya x nak g sekolah sbb dia kata cikgu rotan dia” ” apa cikgu ni….” guru tersebut x terkata apa sbb terkejut kn serang pepagi sblm kls bermula. diserang pulak dalam kelas dihadapan murid2 lain. seb baik GB ada dan cepat bertindak bawak si bapa ke bilik GB… [Facebook – Saya Suka Jadi Cikgu ]

Read more…

Categories: Umum

Mengapa Pertukaran Guru Menjadi Isu?

15 Januari 2002 merupakan hari pertama aku melapor diri untuk bertugas sebagai seorang guru. SMK Sultan Ibrahim, Kulai (kini Kulaijaya), Johor -sekolah pertama ku. Semasa mengadap GPK1, antara ayat yang aku ingat sampai sekarang ialah ‘ berkhidmatlah sepenuh hati disini, jangan ingat nak balik kelantan aja’ (maksudnya mohon bertukar ke kelantan). Ketika tu memang aku agak terkejut. Tapi bila dah agak lama dalam bidang ni, pahamlah aku maksud GPK1 aku tadi. Adakalanya bila timbul isu masalah pertukaran guru ni, aku senyum sendiri – bukan kerana teringat kata-kata bekas GPK1 aku tadi, tapi kerana uniknya isu pertukaran guru ni. Read more…

Categories: Umum

Tugas Guru Data

Rasanya eloklah aku tulis sikit pasal tugas Guru Data Sekolah (GDM). Tahun ni aku baru ambil alih tugas GDM ni sebab GDM asal sekolah aku tengah cuti tanpa gaji. Tak tahulah aku sama ada ambil alih sementara atau ambil alih terus. Tak kisahlah, pasal aku ni jenis tak reti nak tolak tugas – orang bagi, aku buat. Dapat je tugas GDM ni, aku terus cari dan download Surat Pekeliling Iktisas (SPI) berkaitan GDM nih – SPI 14/2007 PERLANTIKAN GURU DATA DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH. Read more…

Categories: Umum

Disiplin Pertama, Akademik Utama ?

Begitulah slogan pada tahun ni. Memang sedap bunyinya dan memang tepat slogan tersebut dengan situasi semasa sekolah. Memang ada kaitan antara pencapaian akademik dengan disiplin pelajar. Bacalah laporan temuramah dengan pelajar-pelajar cemerlang di akhbar-akhbar setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan. Intipatinya ialah disiplin – kehadiran sekolah, tidak ponteng kelas, tumpuan dalam kelas ketika pengajaran dan pembelajaran, latihan dan latih tubi, pengurusan masa, dan sebagainya. Laluan kejayaan dalam akademik lebih mudah dengan adanya disiplin.

Bagaimanapun kita terlupa sesuatu. Kita melihat ‘Disiplin Pertama, Akademik Utama’ dari kaca mata pelajar tanpa kita sedari bahawa kita perlu juga melihatnya dari aspek kita sebagai guru dan pentadbir sekolah. Read more…

Categories: Refleksi

Bidang Tugas 2011

Mac 2011 dah hampir sampai ke pertengahan. Cuti separuh penggal pertama dah pun bermula hari ni. Selamat bercuti kepada rakan-rakan guru dan juga para pelajar. Penuhilah cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Cuti pertengahan penggal kali ni agak berbeza pada saya berbanding dengan tahun-tahun lepas. Pertama kalinya tahun ini – sejak berkhidmat di sekolah sekarang – saya tidak mengadakan sebarang kelas tambahan. Bukan kemalasan yang melanda, ataupun telah kurang motivasi  tetapi ada perkara yang lebih penting dah segera perlu diselesaikan sebelum sesi persekolahan dibuka semula. Read more…

Categories: Anekdot